Sejarah Penubuhan
Sekolah Agama As-Syakirin Felda Gugusan Waha (SAAS ) telah ditubuhkan pada 1983.Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 2 hektar.Pada tahun 1984,sekolah ini telah dapat disiapkan sepenuhnya.Jarak di antara SAAS ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 40 km.Manakala jarak ke Johor Bahru pula ialah lebih kurang 98 km
Di awal pembukaan sekolah ini,ianya menggunakan nama Sekolah Agama Gugusan Waha.Ini kerana hanya satu sekolah agama di dalam tiga felda iaitu Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter dan Felda Simpang Waha,Gabungan ketiga-tiga felda ini, terciptalah nama Sekolah Agama Gugusan Waha.
Pada awalnya bangunan sekolah ini terdiri daripada dua bangunan satu tingkat sahaja iaitu Bangunan A dan Bangunan B sahaja.Pada tahun 1990 telah dibina bangunan yang baru bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat.
ini lebih mencabar sehingga pelajar terpaksa belajar di masjid dan garaj kereta.Keadaan ini berlaku kerana kekurangan bilik darjah untuk menampung pelajar yang terlalu ramai dengan majority 60 orang pelajar satu kelas.
Pada tahun 1998, bangunan C dibina bagi menampung keperluan dan dengan ini murid dapat menjalani prose pembelajaran dengan lebih sempurna dan sistematik.
Pada tahun 2002,nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Agama As-Syakirin.Ini bersesuaian bagi merealisasikan penerapan nilai yang yang telah dilaksanakan di negeri Johor Darul Takzim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan